Followers

Friday 7 September 2012

"SWEET MOMENT" DI BUMI KENYALANG (Part I)

Harini cukup setengah tahun aku menetap di Bumi Kenyalang bersama suami tercinta, bermacam pengalaman aku timba dinegeri orang ni. Ada yang lucu, menakutkan, teruja dan menyedihkan. 
 
  • MASA MULA-MULA SAMPAI
Semasa pertama kali aku menjejakkan kaki di Airport Sibu tuh aku membayangkan betapa ulunye tempat suamiku berkhidmat apa tidaknya kami dijemput oleh 'driver' menaiki 4x4 aku trbayang duduk dalam hutan je la mase tu dan terbayang jalan tanah merah cm mase zaman aku kecik2 dulu..perjalanan memakan masa 2jam setengah memang sangat fenat malam tuh tido memang tak hengat punyoo..suami aku ckp siap ternganga lagi hambik ko!! hehe...yang bestnye kami diberi penginapan percuma di Dabai Inn dalam politeknik jugak.

  • MERASA HIDUP SUSAH
Bermulanya hidup kami di bumi Sarawak ini mengajar la aku erti hidup susah selama ni seme mende nak mesti dapat punyoo..harini ko akan merasa la erti penyesalan!! kete, barang2 dapur n seme keperluan dan kesenangan tak hadoo..sebulan lagi baru sampai then dengar cte bru nek kargo uwwwaaaa...;-(. Masa tu aku baru terbayang orang yang selama ni lagi susah pada aku..masa tu memang sedih sesangat. 

  • JUMPA JIRAN DEPAN UMAH
 Terasa seronok sikit bila jiran depan rumah di Kampung telefon cakap diorang dalam perjalanan ke tempat kami seronok jugak la ada pun kenalan rapat. Jiran aku tuh ikut isteri dia yang berkhidmat sebagai guru di Sibu then dah lame menetap disini. Dia ajak kami berdua bermalam dirumah dia di Sibu dan sempat jugak la kami semua ronda-ronda bandar Sibu.

* cerita tak habis lagi nanti kita continue lagi dengan cerita lucu dan menakutkan..hehe..tunggu tau. =))

No comments:

Post a Comment