Followers

Saturday 8 September 2012

RUMAH PANJANG

Hai korang...selamat hari ahad. apa aktiviti korang harini??saya xwat pape pn macam biasa la menjalankan tugas sebagai isteri mengemas, memasak then membasuh. Suami saya lak kena handle program berbasikal KPTM utk Malaysian Book Of Record tapi handle bahagian Mukah aje bukan keseluruhan..hee.. 
Harini saya nak sajikan anda rumah panjang yg terdapat di Selangau dan Mukah, mase mula-mula sampai sini saya selok jugak la tengok 'Rumah Panjang' sebab first time kan..hehe..Saya suka sangat tengok rumah panjang ni tapi banyak dah moden iaitu rumah panjang batu.

rumah panjang yg paling saya suka tengok sebab yg paling terpanjang kot lebih kurang ada 55pintu..fuyoo..    
yg ni pn comel jugak
ini la rumah panjang moden daripada batu
sebenanye banyak lagi rumah panjang di sepanjang Selangau dan Mukah tapi ini sahaja yg sempat snap.

"SWEET MOMENT DI BUMI KENYALANG" (Part II)

harini aku nak sambung semula cerita semalam...
Aku lupa nak bagitau korang mesti tertanya-tanya kan jalanraya di tempat aku duduk macam mane rupanya kan??haa...korang tgk kt bawah.... 

camtu la rupenyee..xdela seperti yang aku bayangkan..tapi jalan yg tak berape cantik la bergelombang sikit.itupun dah syukur Alhamdulillah...
  • PENGALAMAN LUCU
Dua hari aku berada di Bumi Kenyalang aku difahamkan kami kena buat pasport. Dalam fikiran aku pasport??yee...kami kena buat pasport utk perjalanan dan yg paling xbest sekali kena buat kat sini....
|
|
|
bila masuk jek bilik ni aku rse mcm pekerja asing plak tapi apakan daya negeri orang kan..ikutkan aje. 
Memandangkan kami tiada kenderaan suamiku mengambil keputusan utk beli motor,betapa gembiranya aku yela pasni kami xperlu jalan kaki dan asyk menyusahkan orang aje. Walaubagaimanapun pengalan tu tak akan aku lupakan. 
Tiga hari je kami menginap di Dabai Inn kerana masalah air yg stop bila time mandi mase tuh memang sakit hati sangat dan suamiku buat keputusan pindah ke apartment staff terus aku pn mengikut aje laa...tapi okla apartment tu lengkap dengan perabot-perabot.
ni haa la apartment yg aku duk mula duk tingkat4 now dah duk tingkat 2.
Pengalaman lucu yg aku nk cerita tu bila motor yg kami baru beli tu sampai aje ke tangan kami maka dengan itu hari-hari lepas suami aku balik kerja mesti aku ajak p jalan (maklum la sebelum ni xpenah naik motor sesama asyik naik kereta aje), dan yg kelakanya kami terlupa Bumi Kenyalang ni kan cepat malam tapi kami buat macam time kat semenanjung lak pukul 6.45ptg baru nak gerak balik apa lagi sampai tengah jalan lampu jalan tak hadoo ok!! aku memang takut giler mase tu,dhla kiri kanan kami hanya la ada paya...hahahaha
ni laa..motor kami murah aje yg penting no hutang..hehehe
  • PENGALAMAN YG MENAKUTKAN
Sebenarnya sebelum aku datang ke Bumi Kenyalang ni pn dah bermacam-macam cerita mistik aku dengar tapi aku minta jauhkan laa..suami aku pun selalu berpesan supaya sentiasa mengamalkan Ayat Kursi dan Surah Al-Ans. Tetapi bila sampai ke sini pun bos suami aku berpesan jangan buat perangai dengan orang tempatan sebab silap sikit memang 'terkena' la. Nak dijadikan cerita suatu hari tu tengah aku duk lepak minum ngn suami, aku didatangi oleh sorang kawan suami bercerita sesuatu yg amat mistik!! Anak kawan suamiku kena cakaran yg beliau sendiri tidak nampak dengan mata kasar!! Ya Allah takutnyaa aku...!! balik rumah tu memang aku sentiasa terasa semakin takut dengan cerita kawan suamiku. 
Selepas dua bulan duduk di apartment staff tu aku baru perasan hari-hari aku mesti terdengar kerusi ditolak-tolak. Aku bertanya kepada suami ada penghuni ke diatas rumah suamiku berkata tiada orang!! menambahkan lagi ketakutan aku. Selepas tiga bulan suami aku ditawarkan ke tingkat dua. Kami pun berpindah ke blok lain dan di tingkat yg bawah sedikit.


Friday 7 September 2012

"SWEET MOMENT" DI BUMI KENYALANG (Part I)

Harini cukup setengah tahun aku menetap di Bumi Kenyalang bersama suami tercinta, bermacam pengalaman aku timba dinegeri orang ni. Ada yang lucu, menakutkan, teruja dan menyedihkan. 
 
  • MASA MULA-MULA SAMPAI
Semasa pertama kali aku menjejakkan kaki di Airport Sibu tuh aku membayangkan betapa ulunye tempat suamiku berkhidmat apa tidaknya kami dijemput oleh 'driver' menaiki 4x4 aku trbayang duduk dalam hutan je la mase tu dan terbayang jalan tanah merah cm mase zaman aku kecik2 dulu..perjalanan memakan masa 2jam setengah memang sangat fenat malam tuh tido memang tak hengat punyoo..suami aku ckp siap ternganga lagi hambik ko!! hehe...yang bestnye kami diberi penginapan percuma di Dabai Inn dalam politeknik jugak.

  • MERASA HIDUP SUSAH
Bermulanya hidup kami di bumi Sarawak ini mengajar la aku erti hidup susah selama ni seme mende nak mesti dapat punyoo..harini ko akan merasa la erti penyesalan!! kete, barang2 dapur n seme keperluan dan kesenangan tak hadoo..sebulan lagi baru sampai then dengar cte bru nek kargo uwwwaaaa...;-(. Masa tu aku baru terbayang orang yang selama ni lagi susah pada aku..masa tu memang sedih sesangat. 

  • JUMPA JIRAN DEPAN UMAH
 Terasa seronok sikit bila jiran depan rumah di Kampung telefon cakap diorang dalam perjalanan ke tempat kami seronok jugak la ada pun kenalan rapat. Jiran aku tuh ikut isteri dia yang berkhidmat sebagai guru di Sibu then dah lame menetap disini. Dia ajak kami berdua bermalam dirumah dia di Sibu dan sempat jugak la kami semua ronda-ronda bandar Sibu.

* cerita tak habis lagi nanti kita continue lagi dengan cerita lucu dan menakutkan..hehe..tunggu tau. =))