Followers

Wednesday 19 December 2012

bersawang dah ke???

assalamualaikum u all..............

dh lama kan tak update blog
skang ni

Thursday 13 September 2012

PESTA KAUL

Sebulan aku menetap di Bumi Kenyalang aku diberitahu mengenai "PESTA KAUL" mula-mula aku pun taktau pe die pesta kaul ni. Bila tanya orang,ada yang cakap pesta kaul ni pesta pemujaan hantu pantai tapi ada jugak yang cakap pesta kaul ni utk pesta happy2 jek aku pun tak tau dan yang aku pastinya pesta kaul ni hanya diadakan di daerah Mukah sahaja. Maka dengan itu orang Kuching, Bintulu, Miri, dan seluruh penduduk Sarawak akan turun ke Mukah tambah-tambah bagi peniaga.

Memandangkan suami aku ada kawan yg kaki berniaga diorang pun offer utk berniaga. Kami beli tapak dengan harga RM270 utk sembilan hari. Suami aku pun ambik keputusan utk cuti semasa pesta kaul dijalankan bagi membantu aku.

no.tapak ktorang dpt yg sbelah belakang dan tengah-tengah ksian btol
Korang mesti nak tau aku berniaga apa kan??suami aku suggest aku wt nasi ayam madu sebab die cakap nasi ayam madu aku sedap! tapi yg rase tak bestnye sebab ayam kat sini mahal la pulak RM9.00-1kg bleh tahan jugak derrr!! tapi sebab barang-barang lain dh get ready kami teruskan jugak dan kami buat keputusan nak jual RM5.00-sebungkus, taktau la macamane penerimaan customer nanti..

harga nasi ayam kami kalau dekat semenanjung ni mesti dh mahal tapi apakan daya ikut harga ayam semasa la derr!

Pengalaman berniaga ni memang aku takkan lupa sampai bila-bila laa..bukan senang nak cari duit dengan cara berniaga macam ni. Segar lagi dalam ingatan aku mase mula-mula berniaga ni kat khemah org lain penuh ngn barang-barang tapi kat khemah aku cume ada sebijik meja dgn alamri kaca jek kelaka btol..hehe..orang sekeliling aku semua tengok dan offer bantuan, sape kate org sarawak ni kejam??hehehe...sebelah kanan aku orang Bintulu dan sebelah kiri aku plak orang Kuching diorang memang baik sesangat membantu bila aku dalam tak tau apa-apa..

ni la keadaannya digerai kami,baik btol orang sebelah bg tumpang meja diorang

Bila dengar orang cite sampai motor pun takde parking aku dan suami terbayang betapa ramainya manusia akan pergi ke pesta kaul ni so target jualan kami sebanyak 200 bungkus sehari tapi bila sampai di hari kejadian lain yg jadinya jualan hanya boleh cecah 70 bungkus je sehari paling banyak pun 90bungkus je sehari..kikiki..semua tu kan pengalaman yg aku bayangkan pakcik kayoo la pas berniaga.. hahahahaha

tinggal sekor je the last one

Yang paling melucukan bila orang lain start berniaga pukul 8 atau 9 pagi tapi kitaorang start pukul 10pagi..hehe..cukup la dengan itu pukul 330 pulak dengan slumbernya tinggal gerai camtu jek. masuk pulak pukul 5 kitorang rehatkan diri dan solat di masjid masa rehat tu terasa memang memenatkan. Bukan senang nak cari duit dengan berniaga dengan untung yg xseberapa tuh..hehe..tujuan aku berniaga ni pun utk wt hilangnya rasa boring aku yg duduk rumah nih.

fresh aje..masak kt gorai.hehe

ni orang sebelah kami yg jual, dari Bintulu

Tapi aku ada regular customer, ada sorang mamat ni hari2 beli nasi ayam aku. Aku pun terfikir gak tak bosan ke mamat ni hari2 beli nasi ayam aku. Tapi aku lupe plak nak snap pic mamat tu. pastu akak kat depan aku tu pun hari2 beli nasi ayam aku, banyak plak die beli utk 1family..hehe..

Pada hari kelima tiba2 aku dan suami tengok gerai sebelah kami dah kosong, suami aku sangkakan diorang dh giveup then balik Bintulu rupa2nya die pindah tempat. Pastu diorang ajak kami pindah sekali sebelah die kami pun join jela duk plak sbelah funfair yg ambik 4tapak memang sentiasa ada customer dan tak putus2..Alhamdulillah rezeki..




Yang bestnye mase duk kat sebelah gerai funfair ni tokey funfair ni asyik duk tgk jek aku memasak pastu tiba-tiba die order satu nasi utk die. suami aku pesan bg banyak sikit kt tokey tu kalau sedap mesti die akan order lagi.memang masin betul mulut suami aku petang tu tokey tu order 10bungkus nasi ayam ngn aku utk pekerja die..wooww..mesti sdap n memikat ht die la tuh td..hehe..mase ni sampai habis stok ayam aku.

tengah menyediakan nasi ayam yg ditempah
syoknye berniaga
 
Lepas aje pesta kaul ni memang penat tak terkata. pastu ada jugak la peniaga-peniaga ajak join berniaga kat daerah Dalat pula, tapi disebabkan aku keseorangan dan suami aku keje kami tak teruskan berniaga. ramai pulak yg bertanya kenapa tak berniaga dah..ada yg suggest suruh buka kedai kat cafe poli la..buka kat apartment poli laa..nampaknya nasi ayam aku dapat sambutan. tapi suami aku tak izinkan sebab utk mendapatkan lesen perniagaan bukan senang syarat utama utk mendapatkan lesen perniagaan mesti la warga tempatan sarawak..

takpelaa..InsyaAllah kalau ada rezeki nanti berniaga di semenanjung pulak..hehe..

Wednesday 12 September 2012

DIARI SURI RUMAH

Assalamualaikum semua.....
Bagi suri rumah macam aku ni hari2 mesti nak kena fikir menu apa pulak nak masak harini..kawan-kawan yang seangkatan dgn aku camne plak ye. Tapi kebiasaan bila aku dah masuk dapur tu automatik idea datang. Hari ni aku masak menu simple jek AYAM MASAK KICAP, SAYUR KOBIS GORENG, PEDAL GORENG then AIR SIRAP LIMAU. Kalau korang nak resepi ambik la ni versi syasya nova..hehe...

AYAM MASAK KICAP

Bahan-bahan :
5 ayam ketul
garam kunyit
2 biji bawang putih dimayang
1/2 inci halia dimayang
1 biji tomato dikerat 4
2 biji lada kecik
1/2 biji bawang besar dimayang
sedikit garam
sedikit gula
kicap
3 sudu sos tiram 

cara-caranya :
goreng ayam sehingga masak,pastikan ayam diratakan bersama garam kunyit, kemudian angkat. Minyak lebihan goreng ayam tadi dibiarkan sedikit utk menumis. tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau masukkan sedikit air jangan banyak. masukkan ayam yg telah digoreng tadi kemudian masukkan bawang besar yg dimayang tadi bersama lada kecik. masukkan kicap dan sos tiram sedikit garam dan gula mengikut citarasa kemudian masukkan tomato. admin mmg suka tomato so..dalam apa jua masakan msti ada tomato..hehe..dh siap bleh hidang.

ni haa rupenyee..cara kg je aku wt..hehehe
PEDAL GORENG

Bahan-bahan :
pedal ayam
2 biji bawang putih dikisar
3 biji bawang merah dikisar
1/2 biji bawang besar dimayang
2 biji lada kecik dipotong
2 sudu sos tiram 
sedikit kunyit
air

cara-caranya :
masukkan sedikit minyak utk menumis. Masukkan bawang putih dan bawang merah tumis sehingga naik bau, masukkan pedal dgn air sedikit biarkan sehingga pedal masak kemudian masukkan kunyit sedikit. Kemudian masukkan bawang besar yg dimayang bersama lada kecik, kacaukan. masukkan sos tiram,gula dan garam secukup rasa. done! 

Ni mmg peberet aku dan suami =)


                     Nextime kita bagi resepi lain pulak yee... =)

















Tuesday 11 September 2012

RAHSIA DAN KEBAIKAN SOLAT TAHHAJUD

Ada antara kawan-kawan kita yg suka mengamalkan solat Tahhajud??Korang tau tak apa rahsia dan kebaikan solat Tahhajud? Jom kita kongsi..

"…………..dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ’sembahyang tahajud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Surah al-Israk : 79 )

Sesungguhnya solat malam mempunyai pelbagai kelebihan. Diantaranya, Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan di dunia ialah:-Jauh daripada segala penyakit, Lahir kesan taqwa pada wajahnya, Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia, Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan) serta Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)


Sementara empat perkara di akhirat ialah:- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri, Dipermudahkan hisab, Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat dan Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa. (riwayat Muslim)

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Aku pun kalau balik kelate selalu diingatkan oleh mak mentua aku supaya mengamalkan solat Tahhajud sebab mak mentua aku cakap solat Tahhajud ni banyak fadilatnyee. Antara fadilat solat Tahhajud adalah :

 
1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.


Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

HOBI AKU



Setiap orang mesti ada hobi yg trsendiri kan?macam aku, aku suka memasak dan mengemas rumah segala apa resepi mesti aku nak try sebab aku suka kalau apa yang aku cuba tu menjadi..so..kat sini kita boleh la share resepi aku akan perturunkan. Resepi ni ada jugak la aku ambk dari resepi k.yah..ni link blog k.yah http://dapurkakyah.blogspot.com. Suami aku plak adalah penderia rasa yang paling cerewet! Kalau tak sedap secara jujurnya dia akan cakap tak sedap!!

  • ΓΌ  Antara makanan peberet suami aku ialah ayam@telur masak pedas
Bahan-bahan
7 ketul daging ayam
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit cili giling
sedikit asam jawa
bawang besar (dimayang)

cara-caranya :
Ayam disebati bersama garam dan kunyit selepas itu digoreng pastikan tidak garing. Bawang merah dan bawang putih dikisar halus. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak selepas itu masukkan cili giling setelah sedikit garing masukkan air asam jawa. Masukkan ayam, gula dan garam dengan secukup rasa.


  • ΓΌ    “AYAM HALIA”

Bahan-bahan
7 ketul daging ayam
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
11/2 inci halia
1 biji lada merah
Sedikit lada benggala
3 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh lada hitam
gula dan garam
1/2 cawan air

Mayang bawang merah, putih dan halia
Tumiskan bahan mayang tadi.  Bila layu masukkan ayam dan kacau seketika.
Masukkan air , gula dan garam dan lada hitam yang telah ditumbuk.Masak hingga empuk.

Masukkan sos tiram dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Masak sampai pekat dan masukkan lada-lada tadi dan rasalah masin dsan manisnya. Tambah mana-mana yang perlu..







ΓΌ   “AYAM PERCIK”

Bahan
Setengah ekor ayam (ayam kecil)
6 ulas baeang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit serbut kunyit
1 sudu besar  air asam jawa
garam secukup rasa

Blrnder bawang merah, putih dan halia dengan sedikit air dan digaulkan kedalam ayam bersama garam,  air asam jawa dan serbuk kunyit. Masaklah dengan api yang perlahan(kecil) sehingga mendidih dan kita lihat ayam hampir masak.

Bahan Kuah
7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
2 batang serai
1 sudu besar air asam jawa
1 1/2 cawan santan pekat
1 sudu besar tepung besar kalau tiada guna tepung jagung pun okey  (dibancuh dengan sedikit air) kalau kuah tak pekat boleh tambah lagi
Gula dan garam

Bawang merah, putih dan halia diblender dengan air yang sedikit.
jerang santan di atas api dan dimasukkan bahan blender tadi bersama air asam jawa, serai yang telah diketuk bancuhan air tepung beras dan gula dan garam.  Masaklah sehingga kuah pekat.  Angkat.

Masaklah ayam tadi diatas pan dengan minyak yang sedikit (macam buat burger tu)
Balik-balikkan ayam nampak sedikit hangit. Curahkan kuah tadi diatas ayam tersebut dan balik-balikkan ayam tersebut dalam pan kita itu.  Biar kuah sebati dengan ayam. Angkat dan curahkan lebihan kuah ke atas ayam kita. 



*setakat ini shj laa yg sy bleh bg utk hrni..hr lain kita share resepi lain pula yee..=))