Followers

Sunday 9 September 2012

SYOKNYEE KAWIN!!!

Keseronokan ni tak bermaksud keseronokan batin sahaja. Bagi aku keseronokan berkahwin kerana semenjak berkahwin rezeki  dari Yang Maha Esa tu sentiasa ada. Apa tidaknya selepas sahaja kami berkahwin suamiku ditawarkan kenaikan pangkat ke DH44 seronok bukan kepalang tetapi yang sedihnya apabila kenaikan dengan PERPINDAHAN..=(( 

Yang membuatkan aku lagi bangga dengan suamiku kerana dia adalah antara yg termuda dengan kenaikan pangkat tu. Rezeki Allah dan berkat usaha dia selama ni akhirnya membuahkan hasil luv u laa..=)

Tapi mungki ada hikmah disebalik kejadian tuh kan bukan senang untuk mencari pengalaman di negeri orang, di seberang Laut China Selatan plak tu.hehehe..
Dan yg berdouble-double seronoknya selepas pengumuman kenaikan pangkat suamiku dipanggil temuduga bagi futher his study for fulltime. Sape taknak weii gaji dapat full then dapat plak duit poket utk study dan itu adalah salah satu impian suamiku utk mengenggam Ijazah Kedoktoran (PhD) suatu hari nanti.

Emm..aku pun sekarang nih tengah duk menunggu keputusan MUET. Lambat betol resultnya keluar,menyelam sambil minum air jeler aku kalau suamiku ditawarkan utk futher his study nanti. Tapi semua tu perancangan kami yang menentukan hanya Yang Maha Esa..aku berdoa semoga semua yg kami rancangkan berjalan dengan lancar dan sentiasa keredhaan Ilahi…Aminnn….
 |
|
|
|
|

indahnya "NIKAH"

No comments:

Post a Comment